top of page

KHASIAT LUBANAH

CocoDamia : Coklat IQ : Khasiat Lubanah


       Mungkin masih ramai tidak mengetahui tentang kelebihan LUBANAH. Terus terang saya katakan, saya mendapat tahu mengenai kewujudan LUBANAH dan kelebihannya apabila mengerjakan Umrah . SubhanaAllah, sungguh berkhasiat LUBANAH ini.
      Setelah melakukan kajian dan penyelidikan mengenai khasiat LUBANAH ini, maka salah satu kandungan utama Coklat IQ adalah LUBANAH.  Jom kita selami, apa itu LUBANAH dan apakah khasiatnya:


Apa itu Lubanah?


       Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.
     Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu. Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi.  Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam.  Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini





Sejarah Lubanah : Nabi SAW & Sahabat Rasullullah


“ Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan libanah, kerana libanah dapat menguatkan hati serta MENGHILANGKAN KELUPAAN”


Nabi SAW berpesan supaya beramal dengan luban untuk kecerdasan akal anak-anak dan menguatkan ingatan bermula di dalam kandungan lagi.
Rasulullah SAW bersabda:


“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.”-Kitab Thibbun Nabawi.


Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Wahai  kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada anak-anakmu semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan (riwayat al-Dailami)



Rasulullah SAW bersabda,


أطعموا نسائكم الحوامل اللبان , فإنه يزيد في عقل الصبي
Artinya: Berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungkannya

dikandungny. [34]

Imam Ali bin Musa Ridha a.s. berkata,


أطعموا حبالاكم اللبان , فإن يكن في بطنهنّ غلام خرج ذكي القلب عالما شجاعا , وإن يكن جارية حسن خلقها وخلقها وعظمت عجيزتها وحظيت عند زوجها
Artinya: Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.[35]

Imam Ali Ridha (sa) berkata:



“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil. Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani. Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya”.- Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)

Sejarah Lubanah : Imam Syafie



Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.


Khasiat Lubanah


Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan  dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan.



Khasiat khusus luban sebagaimana disebutkan oleh Nabi S.A.W.


1. Meningkatkan kecerdasan Minda
2. Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk
3. Meningkatkan ketajaman daya ingatan
4. Memberi ketenangan (menghilangkan stress)
5. Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
6. Menambahkan keyakinan diri
7. Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan..
8. Berdasarkan tindakbalas  juga dapat merawat dan melegakan penyakit sakit saraf , urat, dan sengal2 badan bagi ibu selepas bersalin,mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung baik untuk ibu mengandung
9. Pertuturan kurang jelas
10. Pra nyanyuk
11. Migrain
12. Sakit kepala dan masalah angin
13. Tekanan yang melampau
14. Keletihan
15. Masalah pelajar malas belajar
16. Mengatasi masalah anak-anak degil
17. Lawas sistem perkumuhan



bottom of page